Rating & Ulasan pada Play Store

Pada halaman ini, anda boleh mendapatkan maklumat tentang rating dan ulasan pada Google Play serta dasar Google untuk penyiaran ulasan.

Anda boleh menulis ulasan untuk apa-apa sahaja yang telah dibeli atau disewa daripada Google Play. Ulasan ialah cara yang bagus untuk membantu orang lain menentukan item yang hendak dibeli dengan memberitahu mereka tentang pengalaman anda. Google tidak membayar sesiapa untuk menilai atau mengulas kandungan pada Play dan kami mengharapkan pengulas membuat ulasan secara jujur dan tidak berat sebelah.

Cara rating dikira

Rating Play Store untuk apl dan graf bar sepadan yang menunjukkan nombor berkadar bagi ulasan 1, 2, 3, 4 dan 5 bintang, dikira berdasarkan rating kualiti semasa apl tersebut daripada ulasan pengguna, bukan nilai purata sepanjang hayat ulasan pengguna, melainkan apl tersebut menerima bilangan rating yang sangat sedikit. Rating ini memberi pengguna lebih cerapan tentang apl dan pemahaman yang lebih baik tentang status semasa apl tersebut, memandangkan lama kelamaan apl boleh berubah dan sering menambahkan serta mengalih keluar ciri. Kami menunjukkan jumlah bilangan ulasan sepanjang hayat kerana angka ini memberi pengguna maklumat yang berharga tentang kegunaan dan kelanjutan usia apl tersebut.

Rating untuk kandungan lain pada Play Store (buku, filem, rancangan tv) dikira berdasarkan nilai purata sepanjang hayat ulasan pengguna bagi kandungan itu.

Perkara yang dilihat oleh orang lain apabila anda meninggalkan ulasan

Kebanyakan ulasan dapat dilihat oleh semua orang dan apl Play Store akan menunjukkan sama ada ulasan anda akan dijadikan umum atau peribadi.

Ulasan umum akan menunjukkan nama dan imej daripada akaun Google anda dan ulasan lalu yang diedit untuk sesiapa sahaja yang menggunakan Play (termasuk pembangun). Ulasan peribadi biasanya untuk apl dalam akses awal atau ujian beta, dan hanya pembangun boleh melihat ulasan anda, termasuk nama dan imej akaun daripada akaun Google anda dan pengeditan yang lalu. Untuk ulasan awam dan peribadi, pembangun juga boleh melihat bahasa, peranti dan negara serta maklumat peranti anda (seperti bahasa, model dan versi OS). Pembangun juga boleh membalas ulasan dan boleh menggunakan maklumat ini untuk menghubungi anda. Jika anda mengedit ulasan, pengguna lain dan pembangun masih boleh melihat pengeditan yang lalu kecuali anda memadamkan ulasan.

Dasar penyiaran rating dan ulasan

Tujuan rating dan ulasan adalah sebagai maklumat yang berguna dan boleh dipercayai. Membuat ulasan pada Play merupakan cara yang bagus untuk berkongsi maklum balas yang berguna dan membantu pengguna Play yang lain menemukan kandungan dan perkhidmatan yang hebat.

Garis panduan untuk menulis ulasan yang berkesan

Dasar Google Play untuk rating dan ulasan dinyatakan di bawah. Ulasan atau komen yang menyinggung perasaan atau melanggar dasar ini akan dialih keluar melalui gabungan semakan automatik serta manual, dan sesiapa yang melakukan pelanggaran dasar yang berulang atau besar mungkin tidak boleh membuat siaran pada Play Store lagi.

Ulasan berunsur spam dan palsu

Ulasan anda harus menggambarkan pengalaman anda dengan kandungan atau perkhidmatan yang sedang diulas.

Ulasan luar topik

Pastikan ulasan anda tidak terkeluar tajuk dan berkaitan dengan kandungan, perkhidmatan atau pengalaman yang sedang diulas.

Pengiklanan

Kami mahukan ulasan yang berguna dan ulasan dianggap tidak berguna jika mempromosikan sesuatu selain kandungan atau perkhidmatan yang sedang diulas.

Percanggahan kepentingan

Ulasan sangat bernilai apabila dibuat dengan jujur dan tidak berat sebelah. Ulasan harus ditulis oleh orang yang tidak didorong oleh keuntungan kewangan.

Kandungan berhak cipta

Ulasan haruslah pendapat anda sendiri dan menggambarkan pendapat peribadi anda.

Ketahui cara mengalih keluar kandungan berhak cipta

Maklumat peribadi dan sulit

Tujuan ulasan adalah untuk berkongsi pengalaman, dan anda boleh menyatakan perasaan anda tentang sesuatu tanpa mendedahkan maklumat peribadi yang sensitif.

Kandungan yang melanggar undang-undang

Ulasan anda mesti mematuhi undang-undang dan sebarang syarat atau perjanjian sah yang anda telah persetujui.

Kandungan seksual eksplisit

Google Play adalah khusus untuk khalayak umum dan ulasan haruslah menggambarkan ciri ini.

Pertuturan berunsur kebencian

Google Play adalah khusus untuk semua orang dan ulasan haruslah menggambarkan ciri ini.

Ulasan yang menyinggung perasaan

Tujuan Google Play adalah untuk menghiburkan dan memaklumkan, bukan menyerang dan menyinggung perasaan sesiapa.